Bumi Rumah Hijau dan Bumi Rumah Air Batu

Merentasi sejarah iklim Bumi (paleoiklim), terdapat dua keadaan iklim jangka masa panjang utama yang saling bersilih ganti setiap jutaan tahun iaitu Bumi Rumah Hijau dan Bumi Rumah Air Batu.[1] Kedua-dua keadaan iklim tersebut tidak boleh terkeliru dengan istilah "tempoh glasier" dan "tempoh antara glasier", yang berlaku pada tempoh Bumi Rumah Air Batu secara bersilih ganti dan cenderung bertahan kurang daripada 1 juta tahun.[2] Terdapat lima tempoh Rumah Air Batu yang diketahui dalam sejarah iklim Bumi, yang dikenali sebagai pengglasieran Huron, pengglasieran Kriogen, pengglasieran Andes-Sahara, pengglasieran Paleozoik Akhir serta pengglasieran Senozoik Akhir.[1] Faktor utama yang terlibat dalam perubahan paleoiklim dipercayai adalah berkaitan dengan perubahan kepekatan karbon dioksida atmosfera (CO2), perubahan orbit Bumi, perubahan pemalar suria dalam tempoh panjang, serta perubahan-perubahan berkaitan lautan dan orogenik yang terhasil akibat kedinamikan plat tektonik.[3] Bumi Rumah Hijau dan Bumi Rumah Air Batu telah memainkan peranan penting dalam evolusi kehidupan di Bumi dengan memaksa penyesuaian dan pemusinggantian biota pada pelbagai skala ruang merentas masa secara langsung mahupun tidak langsung.[4][5]

Rujukan

WikiPedia: Bumi Rumah Hijau dan Bumi Rumah Air Batu https://web.archive.org/web/20210418104911/https:/... https://web.archive.org/web/20211121183234/https:/... https://web.archive.org/web/20211121183223/https:/... https://web.archive.org/web/20211121183307/https:/... https://web.archive.org/web/20210418105458/https:/... https://web.archive.org/web/20181109070930/http://... https://web.archive.org/web/20211121183238/https:/... https://web.archive.org/web/20211121183225/https:/... https://web.archive.org/web/20211121183313/https:/... https://web.archive.org/web/20211121183226/https:/...